anyraa's FotoPage

By: LEP SK

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 14-Jan-2010 05:45 Email | Share | | Bookmark
8 weeks

Alhamdulillah, kalau ikut calculator, hari ni dah 8 minggu baby.
Semoga process kali ini berjalan lancar.
Sepanjang 8 minggu ni:

UMMI:
badan ummi selalu rasa tak sihat, pening kepala siang dan malam,
pagi atau malam mesti ada muntah, (tapi alhamdulillah, tak la sehebat masa kakak dulu).
pinggang dah start rasa sakit balik.
dekat office, ummi selalu pening kepala, lepas lecture ummi rasa macam nak collapse. tapi kuatkan semangat. (itu belum kira utk kuatkan semangat utk tempuh jem SK-KL)

makan- memilih, ummi tak lalu makan ayam, setakat ni ikan sahaja jadi pilihan. itu pun pilih ikan kembung goreng atau rebus sahaja. lauk lain kebanyakan bau dan rasa hanyir

setakat 8 minggu ni, dah 2 kali kaki ummi accident,
-1st gara2 botol berisi air 1.5liter jath atas kaki- aduhhhhh sakit bangat! x leh nak bangun sehingga la ayah datang urut dan papah ke katil- thanks Abang, i love u.
-2nd gara2 kenakalan kakak. dia main drawer sudu, sudip kayu jatuh atas kaki ummi, berdarah jari kelingking, sakiiittttttttttt..... sian kakak, ayah bagi "upah" atas kenakalan dia- lain kali jgn nakal2 sgt tau kakak...nnt ayah marah...


AYAH:

Start last weekend, 9/1/2010 ayah ada status baru- part time POSTGRADUATE STUDENT
Alhamdulillah ayah berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar master di uitm shah alam dalam bidang network. last week ayah dah start class, sabtu (11.30 - 6.30ptg), ahad (8.30 - 2.30ptg).

kesian nampak ayah, penatnya dia....dia cakap belajar tak penat, tp penat ulang alik nak g kelas. parking jauh...semoga Allah bagi kekuatan pada abang. Amin...kami akan doakan yang terbaik untuk abang....enjoy the moments....

ayah akan jadi superdaddy (pekerja, suami, ayah, pelajar, anak dan menantu yang soleh, hamba yang soleh)..insyaAllah.


KAKAK/SAFIYYAH:

ehhehe,....ni paling best, makin comel, makin bijak, makin NAKAL, makin rajin "mengemas", makin faham apa yang ummi dan ayah cakap...makin tahu erti kasih sayang, emosi...dan macam-macam.
bercakap dengan kakak terasa seperti bercakap dgn kanak-kanak yang dah besar...bukan bayi yang berumur 1 tahun 8 bulan....semua ini kuasa Allah.

Safiyyah mengerat kasih sayang ummi dan ayah...dia tahu bila patut bermanja, bila patut dia main sendiri. bila ummi duduk berdua jer dgn dia, dia tak banyak ragam. main sendiri, ada la nakal sikit...tp ummi tak rasa terbeban.

Tapi,....bila ayah balik, atau ada ramai org yg blh tgkkan dia..dia mula tekan suiz, akal dia jadi panjang...macam2 dia buat, sampai tak terlayan kita dibuatnya.
sekarang ni dia rindu betul dgn ayah chik, sikit2 sebut ayah cik....tgk kereta lalu pun ckp ayah cik....

DOA:
semoga kebahagiaan yang dikurnaiankan akan bertambah hari demi hari dan berpanjangan sampai ke syurga...AMIN....






Monday, 27-Jul-2009 02:10 Email | Share | | Bookmark
sabar menempuh dugaan

 
 
 
Dah lama rasanya tak menulis, rasa rindu nak menulis dan meluahkan apa yang terpendam di dalam hati.
Dalam hidup ni, Allah turunkan dugaan yang pelbagai ke atas setiap insanNya. ada yang manis, ada yang pahit, ada yang susah, ada yang senang...kaya, miskin, cantik, kurang cantik, bahagia dan ada derita...dari bayi, meningkat kanak-kanak, menjadi dewasa sehinggala ke tua, itulah asam garam kehidupan....
semua dugaan ini Allah turunkan untuk menguji sekuat mana iman ummatNya...Tapi percaya la, Sesungguhnya, Allah tidak akan turunkan dugaan pada hambaNya kecuali Dia tahu yang hambaNya mampu menghadapinya...Begitula cantiknya Allah, Tuhan sekelian Alam....

So, apa yang kita buat bila kita diduga?
1) Sabar - yes, inilah sebenarnya yang patut kita buat
2) Muhasabah diri - cuba kita study balik, di mana kekurangan kita, di mana silapnya. cuba perbaiki kesilapan.
3) Menangis - itu semestinya...mungkin ia boleh mengubat hati yang tercalar..lepaskan kesedihan...jika itu dugaanMU.
3) Syukur - mungkin dugaan itu, Allah nak ingatkan kita, mungkin kita dah terleka.
4) Redha - Jika kita redha, insyaAllah Allah akan gandakan pahala yang kita dapat atas kesabaran dan ketabahan kita hadapi dugaan dari NYA.
5) baca Quran - insyaAllah, dekatkan diri dengan NYA, sesungguhNya, tiada yang lebih dekat dengan hati kita kecuali ALLAH...mengadu lah padaNYA...sesungguhnya DIA Maha Mendengar...

Ya Allah, tabahkan hati ini dalam menghadapi ujian MU...amin...jadikan la aku ummat mu yang solehah, matikan la aku dalam keadaan yang beriman...peliharakan la rumah tanggaku, perelokkan akhlak ku, pasanganku dan kurniakan lah kami zuriat yang menyejukkan hati dan mata...dan jauhi la kami dari azab api neraka....amin...


Friday, 30-Jan-2009 04:47 Email | Share | | Bookmark
My best cousin's wedding

 
 
 
View all 18 photos...
26-01-2009 (CNY)... my best cousin's wedding.
congratulation for both of you...finally, you become a wife to your lovely hubby.

kami..
balik kampung...YAHOOOOO!!!..
perjalanan dari Seri Kembangan ke Besut, Terengganu mengambil masa lebih kurang 10 JAM (what a long jurney ). Departure: 7pg, Arrival: 5ptg...macam-macam halangan masa on the way balik kg.
kenderaan bertali arus- macam nak balik Raya Puasa- huhhh ramai sungguh orang.

ummi:
food poisoning, sakit perut, muntah..pening

Safiyyah:
mungkin sebab safiyyah BF exclusively, dapat sakit yang sama ngn ummi...4-5 kali berenti tukar diapers

Ayah:
Sabar melayan kerenah ummi dan Safiyyah, sabar memandu, berhenti bila-bila masa yang perlu. (Thanks Abang...i love u)

Masa balik kampung, ramai sedara mara berkumpul. adik beradik ku- as usual...ini la masa yang terbaik untuk gathering..sian CikSu, dia kena kerja waktu CNY..uhuhu..sedis2...


Monday, 19-Jan-2009 01:58 Email | Share | | Bookmark
Safiyyah - 8 bulan dan "demam campak"...

Antara kesan-kesan demam campak...
Safiyyah sebelum dikesan dijangkiti demam campak..demam....
demam campak...

Alhamdulillah, Safiyyah sekarang dah masuk 8 bulan...kesian safiyyah, kena demam campak. mula2 ummi dan ayah runsing jugak, tiba2 nampak naik-naik merah kat muka dan belakang telinga.
tapi bila ingat-ingat, simptom dia macam naik campak, so ummi dan ayah cool la sikit...hopefully by this week semua baik seperti sediakala.
Safiyyah sihat cepat-cepat ek, weekend ni, kita nak balik umah Tok Wan, jumpa Kak Aisyah, Kak Jiha, Muhammad dan ramai lagi...uhuhuh...rindunyeeeee!!!!

Ini ada sedikit info yang boleh dikongsi bersama... (http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&storymaster=0&storyid=1154954254551&substoryid=1130483520679)


*************************************************************************************************************
Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.



Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

Demam tinggi

Batuk, selsema dan sakit tekak

Mata berair dan sensitif kepada cahaya

Sakit otot

Ruam demam campak



Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi.

Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.


*************************************************************************************************************


Sunday, 18-Jan-2009 09:18 Email | Share | | Bookmark
Gathering

3 dara pingitan diapit oleh 2 ibu...
bakal bertukar status- coming gathering...insyaAllah
Persefahaman dan tolak ansur kunci kebahagiaan rumah tangga
View all 6 photos...
Friends Gathering...

Venue: CourtYard Bayview, Serdang (Umah Mc Hah)
Audience: Ayah, Ummi, Safiyyah, Honey and Feruz, Suki and Maya, Ha and Femly, Anah, Suya, Pija and Femly, Don n Femly, Dol dan tak dilupakan WEA juga Mc Hah, Rustam and Syahmi (of course la, sbb ni tuan rumahnye)

Banyak makanan tersedia, sedap dan yang penting- Mc Hah masak sdiri except for the BBQ (bakar jer sdiri)-(berbaloi spend untuk renovate dapur..heheheh),

Pada pendapat kami, gathering ni penting untuk merapatkan hubungan antara kawan-kawan. (Biasanya ini adalah antara kebanyakan kawan-kawan yang akan dijemput dan hadir kalau kami buat gathering- tak kira di mana shaja venue nya.) - you all memang best!

Gathering kali ni, ada pertambahan ahli (congrate Pija- 2nd baby is on the way). dan mungkin next gathering, ada yang bakal bertukar status..alhamdulillah (tak sabar nak makan nc minyak esp for my honey)...


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net